Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Saifuddin Nasution bercakap dalam sidang media di Putrajaya di sini hari ini. Foto, Amiruddin Syah (TVS).

KDN serah SPRM siasat dua pegawai terlibat rasuah PTW

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 13 Mei: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes dua pegawainya yang dilaporkan ditahan agensi itu pada Rabu lepas.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPRM sentiasa diberi akses untuk menjalankan siasatan terhadap mana-mana agensi di bawah KDN.

“Kita benarkan SPRM menjalankan tugas mereka dan bagi saya sebagai Menteri Dalam Negeri, sama ada pegawai di pejabat KDN atau mana-mana agensi, SPRM ada 25 jam sehari untuk masuk dan menyiasat.

“Lakukanlah tugas sesuai dengan tanggungjawab mereka. Pendirian saya konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Perhimpunan Bulanan KDN di Dewan Setia Perkasa di sini, hari ini.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan ketiga-tiga individu terbabit ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan urusan mempercepatkan permohonan pengesahan taraf warganegara (PTW).

Agensi itu berkata, kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan