Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Rosey Yunus mewakili Dato Sri Fatimah Abdullah di Majlis Sejambak Kasih sempena Gawai Dayak 2025.

JKMS salur bantuan RM98.8 juta setakat April

BySalasiah Safian

MIRI, 13 Mei: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah menyalurkan sebanyak RM98.8 juta bantuan bulanan kepada 55,184 penerima di seluruh negeri bagi tempoh Januari hingga April 2025.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, bantuan tersebut merangkumi pelbagai skim kebajikan di bawah JKMS.

“Berikut merupakan bilangan kes aktif dan perbelanjaan bagi tahun 2025 di seluruh Sarawak, yang merangkumi Bantuan Warga Emas (BWE), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Am, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Bantuan Penjagaan OKU/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Anak Pelihara (BAP), dan Bantuan Belia-Beliawanis (BBB),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalannya Datuk Rosey Yunus di Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai Dayak Miri 2025 di sini, hari ini.

Sementara itu, untuk tempoh yang sama Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM8.6 juta untuk 4,513 orang penerima bantuan bulanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan