Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa. Foto Nadim Bokhari (TVS)

ICW Borneo 2025: Perkukuh kedudukan Kuching dalam sektor pembinaan

ByMadeline Dugat

KUCHING, 13 Mei: Tuan rumah kepada International Construction Week (ICW) Edisi Borneo 2025 menyaksikan Kuching memperkukuhkan kedudukan sebagai hab kemajuan dalam memajukan industri pembinaan di Sarawak.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Nanta Linggi menyifatkan acara ini bukan sahaja memperlihatkan pencapaian besar dalam dunia pembinaan, tetapi juga menjadi platform penting bagi pertukaran pengetahuan, teknologi, dan inovasi antara pemain industri, akademia, serta pakar-pakar dalam bidang ini.

“Sebab itu, kita membawa pemain industri supaya mereka dapat peluang untuk meraih pengetahuan dan mendedahkan diri kepada apa yang sedia ada di pasaran. Sebab itu, pakar-pakar membentangkan kertas kerja mereka, dan tadi pun kita mendengar YAB Premier Sarawak sendiri yang sememangnya terkenal, bukan sahaja di Sarawak, malah di luar negeri, mempromosikan Sarawak sebagai tempat yang akan dibangunkan sebagai medan bagi sains dan teknologi terkini, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.

Beliau dalam pada itu turut menyentuh tentang visi besar yang diperkenalkan oleh Premier Sarawak, yang melihat Sarawak sebagai pusat pembangunan teknologi dan sains, di mana ‘human capital’ dan ‘natural capital’ digabungkan untuk menghasilkan produk yang lebih inovatif dan berguna.

“Kita sudah mempunyai human capital dan natural capital; apabila kedua-dua ini digabungkan ia akan menghasilkan sesuatu di mana otak mengubah alam semula jadi, dan kita akan mempunyai produk yang lebih berguna,” tambahnya.

Jelasnya, hal ini menggambarkan betapa pentingnya mengintegrasikan sumber manusia dengan potensi alam semula jadi untuk memacu inovasi dalam sektor pembinaan.

ICW Edisi Borneo 2026 akan diadakan di Kota Kinabalu, dengan fokus untuk terus menarik peserta antarabangsa, sebagaimana yang telah dilakukan secara besar-besaran di Kuala Lumpur sebelum ini, melibatkan penyertaan dari pelbagai negara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan