Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir dan tanah runtuh yang melanda Samarinda, Kalimantan Timur. Foto BNPB

Hujan cetus banjir dan tanah runtuh di Kalimantan Timur, ragut tiga nyawa

ByTVS

JAKARTA, 13 Mei: Hujan lebat yang berterusan telah mencetuskan bencana banjir dan tanah runtuh di Samarinda, Kalimantan Timur sejak Isnin mengorbankan tiga nyawa setakat ini.

Menurut laporan Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB), banjir melanda lima kawasan iaitu Samarinda Utara, Samarinda Ulu, Sungai Pinang, Samarinda Ilir dan Loa Janan Ilir menyebabkan seorang mangsa disahkan meninggal dunia manakala seorang kanak-kanak dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.

Sementara itu, kejadian tanah runtuh yang berlaku pada hari yang sama di kawasan Palaran dan Sambutan turut meragut dua nyawa manakala dua lagi mangsa masih belum ditemukan akibat tertimbus dalam runtuhan tanah.

Jurucakap BNPB, Abdul Muhari, memaklumkan bahawa pasukan penyelamat masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.

“Sehingga hari ini, petugas gabungan masih terus melakukan pencarian terhadap mangsa yang hilang dan akan dilanjutkan hingga kesemuanya ditemui,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, banjir yang mencapai paras hingga satu meter turut menjejaskan 36 akses jalan dan dua fasiliti pendidikan.

Dalam kejadian tanah runtuh, sembilan buah rumah dilaporkan rosak, satu jalan utama tertutup, dan bekalan elektrik di beberapa kawasan masih terputus.

Beliau turut menggesa masyarakat agar sentiasa meningkatkan kesediaan, khususnya ketika hujan lebat masih berpotensi berlaku di wilayah itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan