Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Forum Ekonomi Hidrogen (H2EF) 2025

Fokus bangunkan empat hab, perkukuh Sarawak kuasa besar tenaga Asia Tenggara

ByFebbright James

KUCHING, 13 Mei: Pembangunan empat hab tenaga strategik menjadi antara fokus utama Sarawak dalam usahanya untuk muncul sebagai hab tenaga hijau terkemuka di Asia Tenggara.

Komitmen ini ditegaskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berkata empat komponen utama dalam strategi itu termasuk tenaga boleh diperbaharui, gas asli, penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) serta hidrogen.

“Melalui Sarawak Energy Berhad, kami telah pun mewujudkan hubungan rentas sempadan yang kukuh, seperti eksport kuasa ke Kalimantan Barat, dan kerja-kerja sedang dijalankan untuk meluaskan bekalan ke Sabah dan Brunei.

“Manakala perancangan dan kajian teknikal kini sedang dijalankan ke atas sambungan ke Semenanjung Malaysia dan Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Forum Ekonomi Hidrogen 2025 (H2EF 2025) yang berlangsung di sini pada Selasa.

Selain tenaga boleh diperbaharui, Sarawak juga mempunyai kelebihan dari segi sumber gas asli apabila menguasai 60 peratus daripada rizab gas semula jadi di Malaysia.

Perkara ini dimanfaatkan melalui Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) yang menggariskan pembangunan empat hab gas utama di Miri, Samalaju, Bintulu dan Kuching bagi menyokong keperluan domestik dan pasaran eksport.

Dalam pada itu, Sarawak turut memberi tumpuan kepada pembangunan hab ketiga yang berperanan penting dalam peralihan dunia ke arah pelepasan karbon sifar bersih, iaitu penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS).

“Kami berbangga kerana memegang lebih 65 peratus daripada jumlah penyimpanan karbon geologi di Malaysia yang meletakkan Sarawak di barisan hadapan di negara ini dalam usaha penyahkarbonan serantau.

“Bagi memanfaatkan kelebihan ini, PETROS telah dilantik menjadi Pengurus Sumber untuk menyimpan karbon Sarawak pada bidaan pertama tahun lepas. Perkara tersebut telah berjaya menarik pemain antarabangsa terhadap potensi Sarawak,” katanya.

Hab tenaga strategik keempat yang sedang giat dibangunkan ialah hab hidrogen yang disokong melalui projek H2ornbill dan H2biscus yang menunjukkan perkembangan positif sejak dilancarkan tahun lalu.

“Kami juga merancang untuk membangunkan hab hidrogen Kuching yang akan mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam menjadi pemimpin kepada ekonomi hidrogen Asia Tenggara,” ujarnya.

Abang Johari turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan penuh terhadap visi Sarawak sebagai hab tenaga negara, selain turut mempromosikan negeri itu secara aktif di peringkat antarabangsa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan