Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika merasmikan Majlis Pengerami Mantar Gawai Dayak Sebauh 2025. Foto TVS

Elak memandu jika mabuk demi keselamatan semasa Gawai

BINTULU, 13 Mei: Keselamatan semasa musim perayaan Gawai perlu diberi keutamaan dan antara aspek utama yang perlu dititikberatkan adalah larangan memandu selepas mengambil alkohol.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menegaskan, sikap bertanggungjawab ketika bergawai amat penting bagi mengelak kejadian yang tidak diingini di jalan raya.

“Saya ingin menyampaikan sempena musim Gawai ini, perkara yang paling penting adalah jika kita minum (alkohol) jangan memandu kalau kita tahu kita sudah tidak waras atau tidak mampu berfikir dengan betul.

“Jangan memaksa diri sebab banyak perkara boleh berlaku, kita cuba ambil kunci pun mereka tidak mahu dan cakap masih mampu memandu, ada ketikanya kita kena mengakui bahawa kita sudah tidak dapat untuk memandu kerana sudah minum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pengerami Mantar Gawai Dayak Sebauh 2025 yang diadakan di sebuah restoran di Bintulu pada malam Isnin.

Tambah beliau, ketika menziarahi rumah panjang atau keluarga semasa Gawai, pemanduan harus diserahkan kepada mereka yang tidak mengambil alkohol demi keselamatan semua pihak.

Dalam pada itu, beliau berkata, masalah kekurangan tanah perkuburan bagi komuniti Kristian perlu diberi perhatian segera oleh pihak berwajib demi menjamin kebajikan masyarakat dalam menguruskan urusan akhir hayat secara teratur dan bermaruah.

“Sekarang saya dapati bahawa tanah perkuburan Kristian kita pun sudah penuh, jadi kita mesti berbuat sesuatu dan saya berharap Temenggong dan semua pihak terlibat dapat menguruskan perkara ini dan ini bukan sesuatu yang boleh kita abaikan, kita semua tiada tempat untuk dikebumikan dan ia kedengaran tidak baik,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan