Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki diberkas polis selepas disyaki mencuri kabel di Kota Samarahan pada hari ini. Foto IPD Kota Samarahan

Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kes curi kabel

BySaibi Gi

KOTA SAMARAHAN, 13 Mei: Dua lelaki ditahan polis awal pagi tadi selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel di hadapan sebuah premis perabot di Jalan Samarahan-Kuching Expressway.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Lautin berkata, kedua-dua suspek yang berusia 28 dan 35 tahun ditahan sepasukan anggota Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Samarahan ketika sedang membuat rondaan cegah jenayah kira-kira jam 4.30 pagi.

Menurut beliau, anggota yang menjalankan rondaan telah mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan yang diletakkan di hadapan sebuah kedai sebelum mendekati kenderaan terbabit untuk pemeriksaan.

“Ketika dihampiri, kedua-dua lelaki di dalam kenderaan itu bertindak cuba melarikan diri dengan mengundurkan kereta, namun berjaya dihalang oleh anggota polis yang bertugas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemeriksaan lanjut menemui pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel termasuk kapak, playar, pemotong dan satu gulung kabel yang disimpan di tempat duduk belakang.

Tambah beliau, salah seorang suspek yang berumur 28 tahun didapati mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis, manakala rakannya yang berumur 35 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan.

Kereta yang digunakan suspek turut dirampas bersama semua barangan dipercayai berkaitan kegiatan jenayah.

Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Kota Samarahan untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan