Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), mereka melakukan penipuan itu dengan melindungi 23 pelawat yang memegang pelbagai jenis visa lawatan di sebuah bangunan di Makkah. Foto hiasan Envato

Dua individu ditahan di Makkah atas penipuan haji, lindungi pemegang visa lawatan

ByBernama

MAKKAH, 13 Mei: Peronda keselamatan di Makkah menahan dua penduduk Indonesia kerana melakukan penipuan dengan menyiarkan iklan kempen haji palsu dan mengelirukan, mempromosikan kad Haji Nusuk palsu serta melanggar peraturan haji.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), mereka melakukan penipuan itu dengan melindungi 23 pelawat yang memegang pelbagai jenis visa lawatan di sebuah bangunan di Makkah.

Kedua-dua individu itu ditahan dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka dan kes dirujuk kepada Pendakwa Raya, manakala individu yang dilindungi mereka dirujuk kepada pihak berkuasa untuk dikenakan hukuman sewajarnya mengikut undang-undang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan