Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Buaya-buaya yang berjaya ditangkap berhampiran Sungai Weston, Beaufort. –Foto Jabatan Hidupan Liar Sabah

Buaya induk antara tiga ekor ditangkap di Beaufort

ByTVS

BEAUFORT, 13 Mei: Seekor buaya dewasa sepanjang 3.5 meter antara tiga ekor yang ditangkap berhampiran Sungai Weston dalam satu operasi bersama penduduk kampung dan Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar mengesahkan penangkapan itu selepas kesemua reptilia tersebut memakan umpan yang dipasang oleh pasukan dari Pejabat Hidupan Liar Pantai Barat.

“Kami menerima aduan daripada orang awam mengenai kelibat buaya di Kampung Weston dan kawasan sekitar. Selepas beberapa rondaan, kami memasang 10 mata kail berumpan dan berjaya menangkap dua buaya betina serta seekor jantan,” katanya ketika dihubungi.

Seekor buaya dewasa yang dipercayai induk kepada buaya-buaya lain ditemui dalam keadaan lemah, manakala seekor lagi ditemui telah mati semasa operasi kira-kira jam 7.30 pagi Selasa.

Walaupun tiga buaya telah berjaya ditangkap, pihak jabatan memberi amaran bahawa buaya masih aktif di sepanjang tebing sungai Kampung Laut Weston, Kampung Menengah, dan Kampung Hulu.

Jabatan turut menasihatkan ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak berhampiran kawasan air bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan