Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam wakil AZAM Youth Souls (AYS) yang bertanding di Persidangan Tahunan ke-15 Toastmasters 2025 yang akan berlangsung di Bandung, Indonesia. Foto AZAM Sarawak

Belia AZAM Young Souls buktikan keupayaan di peringkat antarabangsa

ByAtikah Norman

KUCHING, 13 Mei: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak mencipta sejarah apabila menghantar wakil ke Persidangan Tahunan ke-15 Toastmasters 2025 yang akan berlangsung di Bandung, Indonesia sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa belia Sarawak di peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili berkata, inisiatif Kelab Belia AZAM Bandar Kuching AZAM Young Souls (AYS) mencerminkan komitmen berterusan AZAM dalam memperkasa golongan muda dan membuka laluan kepada pendedahan global.

“Toastmasters bukan sekadar pertandingan, sebaliknya turut membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi, serta nilai kepimpinan dalam kalangan belia.

“Platform seperti Toastmasters juga membuka ruang untuk mereka berinteraksi dan menjalinkan hubungan dengan individu dari pelbagai latar belakang budaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua enam wakil Sarawak merupakan ahli aktif AYS yang telah dibimbing menjadi pembicara yang berkaliber tinggi serta fasih dalam pengucapan awam, sama ada dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

“Melalui proses saringan dan pemilihan yang ketat di Kuching, salah seorang peserta yang menonjol, Asnol, berjaya meraih tempat ketiga dalam Kategori Bahasa Melayu Bahagian D (Kuching), satu pencapaian yang menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan AYS yang lain,” ujarnya.

Presiden AZAM Youth Superheroes, Theron Then Kai Yuan turut meluahkan rasa bangga atas penyertaan Sarawak dalam persidangan tersebut.

“Persidangan ini merupakan satu peluang besar kerana kami dapat bertemu dan berinteraksi dengan pembicara dari seluruh Asia.

“Ia menjadi platform penting untuk belia mempelajari bagaimana orang lain menyampaikan diri penuh keyakinan dan kewibawaan di atas pentas,” katanya apabila ditanya berkenaan penyertaan AYS dalam persidangan tersebut.

Tambah beliau, interaksi sosial golongan belia Sarawak tidak seharusnya terhad kepada daerah-daerah di Sarawak sahaja, sebaliknya mereka perlu didedahkan kepada dunia luar bagi memperkembangkan potensi dan memperkukuh jati diri.

Persidangan Tahunan Toastmasters adalah acara utama peringkat serantau yang menghimpunkan golongan belia dan profesional menerusi penyampaian ucapan, bengkel  serta pertandingan pengucapan awam dalam pelbagai bahasa dan kategori. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan