Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Gerawat Gala mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Bazar Gawai Dayak 2025 di Kuching, hari ini.

Bazar Gawai Dayak 2025 meriah dengan 180 gerai di MJC

ByAtikah Norman

KUCHING, 13 Mei: Bazar Gawai Dayak 2025 di MJC Batu Kawa dijangka meriah dengan 180 gerai apabila ia bermula 15 hingga 25 Mei ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata ia terdiri daripada 50 gerai kraf tangan, manakala selebihnya merupakan gerai makanan dan minuman.

“Majlis perasmian bazar tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan  Mesyuarat Jawatankuasa Kerja untuk Bazaar Gawai Dayak sempena Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2025 di sini, hari ini.

Selain bazaar, pelbagai acara utama turut dijadualkan sepanjang perayaan ini seperti Karnival Gawai Tradisi yang akan diadakan pada 12 Jun hingga 13 Jun di Bangunan Federation of Orang Ulu Malaysia (FORUM) di Miri.

Seterusnya, Perarakan Gawai Dayak akan diadakan pada 21 Jun bertempat di Tebingan Kuching yang dijadual akan dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Majlis Makan Malam Gawai Dayak pula akan diadakan pada 22 Jun di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sempena sambutan ini juga, buku meja kopi bertemakan budaya dan warisan masyarakat Dayak akan dilancarkan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan