Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 24,101 orang atau 43 peratus daripada jumlah penerima bantuan Negeri Sarawak akan menerima sumbangan sempena Hari Gawai Dayak 2025.

24,101 penerima bantuan sempena Hari Gawai Dayak 2025

BySalasiah Safian

MIRI, 13 Mei: Seramai 24,101 orang atau 43 peratus daripada jumlah penerima bantuan di Sarawak mendapat manfaat sumbangan sempena Hari Gawai Dayak 2025.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata sumbangan sempena Hari Gawai Dayak pada kali ini adalah berjumlah RM2.4 juta.

“Bagi tahun 2025, seramai 1,134 orang yang menyambut perayaan Hari Gawai Dayak daripada 4,513 orang penerima jumlah keseluruhan penerima bantuan bulanan kebajikan di Miri.

“Pada Majlis Sejambak Kasih yang diadakan hari ini, para penerima yang dijemput hadir adalah seramai 150 orang. Mereka akan menerima sumbangan iaitu wang tunai bernilai RM100.

“Manakala 100 orang penerima yang lain juga telah menerima wang tunai di Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai Dayak Niah 2025 di Dewan Masyarakat Sepupok Niah yang diadakan pada 16 Mei 2025 (Jumaat) akan datang. 884 orang lagi yang lain dan tidak berpeluang hadir pada hari ini sumbangan RM100.00 akan dikreditkan ke akaun masing masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalannya Datuk Rosey Yunus di Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai Dayak Miri 2025 di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, majlis yang diadakan hari ini adalah kerjasama erat antara pihak Dynasty Hotel Miri dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri.

Selain memberi kebenaran untuk menjalankan Majlis Sejambak Kasih di fasiliti mereka, Hotel Dynasty Miri turut menyampaikan sumbangan hamper berbentuk bahan makanan bernilai RM150 kepada 150 orang penerima bantuan kebajikan yang hadir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan