Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wong Siew Ting dan Denis Yee ketika ditemui TVS pada sambutan Hari Wesak di Miri, hari ini. Foto TVS

Wesak di Miri: Perpaduan diperkukuh, NGO terima dana sokongan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 12 Mei: Suasana sambutan Hari Wesak di Miri tahun ini diserikan lagi dengan semangat perpaduan dan kebajikan apabila dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan menerima sumbangan yang memberi impak besar kepada operasi harian mereka.

Menurut Bendahari Yayasan Taiwan Tzu Chi Malaysia Miri, Denis Yee, bantuan tersebut amat diperlukan memandangkan pihak mereka menjaga lebih 70 keluarga yang memerlukan bantuan bulanan dalam bentuk barangan dan wang tunai.

“Kami akan menggunakannya untuk tujuan kebajikan kami. Kami mempunyai sekitar 70 lebih keluarga. Setiap bulan kami memerlukan jumlah wang yang agak besar untuk tujuan kebajikan ini,” katanya ketika ditemui TVS pada sambutan Hari Wesak anjuran Pertubuhan Buddha Miri, di sini, hari ini.

Tambah Denis, sambutan Hari Wesak kali ini lebih bermakna kerana ia turut menyatukan pelbagai komuniti di Sarawak.

“Bersama-sama kita meraikan, saya rasa ia sangat bermakna. Kami melihat bahawa masyarakat Sarawak boleh bekerjasama, bersatu sebagai satu pasukan,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengurus Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa (PIBAKIS) Miri, Wong Siew Ting, menyatakan bahawa sumbangan diterima akan digunakan untuk tujuan pembaikan dan penyelenggaraan, selain menampung perbelanjaan harian serta kos pengurusan tahunan persatuan.

“Derma tersebut adalah untuk pembaikan dan penyelenggaraan, serta perbelanjaan am, perbelanjaan harian dan kos pengurusan bagi kegunaan tahunan,” katanya.

Wong turut berharap agar lebih banyak pertubuhan Buddha dan NGO dapat berganding bahu dalam memajukan Sarawak secara inklusif.

“Kami berharap agar banyak pertubuhan Buddha dan semua NGO dapat bekerjasama dan membawa Bandar Miri ke tahap yang lebih tinggi, terutamanya dengan penglibatan semua agama dan semua kaum yang lain.

“Kita dapat hidup bersama dalam satu keunikan seperti yang ada di Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan