LAWAS, 12 Mei: Seekor ular sawa batik sepanjang hampir empat meter ditemui dalam keadaan kekenyangan selepas membaham seekor ayam dalam sebuah reban dalam kejadian di Kampung Kampung Ahmad Takong pagi ini.
Pemilik reban ayam yang menyedari kehadiran reptilia itu segera bertindak bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Lawas.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas Letfenan (PA) Maradona Tatah berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lawas menerima panggilan kecemasan mengenai kehadiran reptilia tersebut pada jam 6.35 pagi.
“Sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seekor ular sawa sepanjang 11 kaki berada di dalam reban ayam milik salah seorang penduduk.
“ Ular sawa yang kekenyangan selepas membahan seekor ayam berjaya tangkap dengan teknik menyepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sepanjang penugasan dijalankan, keadaan selamat dan terkawal selain tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku. – TVS.