Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Foto fail AFP

Trump akan tandatangani perintah eksekutif kurangkan harga ubat sehingga 80 peratus

ByBernama

ISTANBUL, 12 Mei: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada lewat Ahad mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani satu perintah eksekutif berskala besar bagi mengurangkan harga ubat yang memerlukan preskripsi di negara itu sehingga 80 peratus, menyifatkannya sebagai antara “Perintah Eksekutif paling penting dalam sejarah negara kita”, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Selama bertahun-tahun dunia tertanya-tanya mengapa ubat yang memerlukan preskripsi dan farmaseutikal di Amerika Syarikat HARGANYA JAUH LEBIH TINGGI berbanding negara lain,” tulis Trump dalam satu hantaran di platform Truth Social miliknya.

Beliau berkata perintah eksekutif itu, yang dijadual ditandatangani pada Isnin 9 pagi (1300GMT) di Rumah Putih, akan memperkenalkan “Dasar Negara Paling Digemari” – satu model penetapan harga yang memastikan AS tidak membayar lebih tinggi daripada harga terendah bagi ubat sama di mana-mana negara maju lain.

“Harga ubat yang memerlukan preskripsi dan farmaseutikal akan DIKURANGKAN, hampir serta-merta antara 30 peratus hingga 80 peratus,” katanya lagi.

“Harga ini akan meningkat di seluruh dunia bagi tujuan penyelarasan dan buat pertama kali dalam beberapa dekad, memberikan KEADILAN KEPADA AMERIKA!”

Pakar dasar kesihatan berkata langkah itu boleh menjimatkan berbilion dolar untuk rakyat Amerika, namun mengingatkan kemungkinan tentangan daripada industri. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan