Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan negara meraikan kemenangan selepas menewaskan Korea Selatan dengan 15-13 dan 15-8 dalam pertandingan separuh akhir acara kuadran pada Kejohanan ASTAF Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa. Foto Bernama

Sepak Takraw Piala Asia: Kuadran Malaysia, Jepun berentap di final

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Malaysia mencapai sasaran melangkah ke final acara kuadran selepas menundukkan Korea Selatan 2-0 pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 dalam suasana penuh debaran di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Berbekalkan sorakan padu penonton, Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak dan Muhammad Shahalril Aiman Halim menyumbang mata pertama negara menerusi kemenangan 15-13.

Korea Selatan cuba bangkit untuk mengheret perlawanan ke set penentuan, namun kesilapan servis dilakukan pemainnya terpaksa merelakan Malaysia meraih kemenangan dengan 15-8.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Mohammad Zulkarnain Abdul Rahman menempah pertemuan menentang Jepun malam ini, yang mengejutkan naib juara Piala Dunia Sepak Takraw di Bihar Mac lepas iaitu Vietnam, 15-12, 15-11 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Apit kiri negara Norfaizzul dalam pada itu berkata kemaraan skuad negara ini hasil usaha sepasukan.

“Alhamdulillah mara ke final dan agak terkejut dengan kekalahan Vietnam kepada Jepun sebab kita tahu mereka lebih berpengalaman dalam acara kuadran.

”Apa pun kami akan ambil pendekatan sewajarnya untuk tidak pandang rendah kepada mereka (Jepun) sebab kita sudah pernah bertemu di peringkat kumpulan,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas aksi separuh akhir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan