Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada sambutan Hari Wesak di bangunan Persatuan Buddha Sarawak, Kuching, hari ini. Foto TVS

Sarawak lambang perpaduan dan keterangkuman

ByBong Yi Sien

KUCHING, 12 Mei: Sarawak kini bukan sahaja dilihat sebagai wilayah yang pesat membangun, malah menjadi contoh dalam memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum serta agama di Malaysia.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kejayaan negeri ini tidak hanya bersandarkan kepada pencapaian ekonomi semata-mata, sebaliknya didorong oleh sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan budaya.

“Orang ramai memandang tinggi kepada Sarawak kerana kita bersatu, sama ada Buddha, Islam, Kristian atau Hindu, kita hidup bersama dalam keharmonian dan percaya kepada masa depan negeri ini yang makmur, inklusif dan lestari,” katanya.

Menurutnya, situasi itu jauh berbeza berbanding dahulu apabila Sarawak sering dipandang rendah oleh pihak luar.

“Tetapi hari ini, seluruh negara menaruh harapan kepada kita. Ini kerana anda, anak-anak Sarawak, sama ada beragama Buddha, Kristian, Islam atau Hindu, bersatu padu membina masa depan bersama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Sambutan Hari Wesak di Persatuan Buddha Sarawak di sini, hari ini.

Dr Sim turut menekankan bahawa penganjuran sambutan Hari Wesak sebagai acara rasmi kerajaan Sarawak merupakan satu pencapaian penting.

Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam menjunjung prinsip keterbukaan dan menghormati kepelbagaian agama.

“Sambutan ini adalah sebahagian daripada program rasmi kerajaan melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), yang hanya wujud di Sarawak dan mencerminkan sokongan berterusan kepada agama-agama bukan Islam,” jelasnya.

Dr Sim turut menyeru agar semua komuniti keagamaan terus memainkan peranan sebagai jambatan perpaduan dan rakan strategik dalam usaha membangunkan negeri secara menyeluruh.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan