Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota BBP Sri Aman melakukan demo latihan kecergasan kebombaan kepada pengunjung yang hadir. Foto TVS

‘Program Sehari Bersama Abang Bomba’ platform terbaik kongsi ilmu kebombaan

SRI AMAN, 12 Mei: Program Sehari Bersama Abang Bomba merupakan platform terbaik bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk berkongsi ilmu kebombaan dan perihal keselamatan kebakaran kepada masyarakat setempat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 3 Sri Aman, PgB Mohd Rais Adham Rosalan berkata, penganjuran program seumpamanya juga adalah bagi meningkatkan sinergi di antara bomba dan komuniti setempat dalam usaha mewujudkan komuniti yang sihat dan cergas.

“Penganjuran Program Sehari Bersama Abang Bomba ini amat penting sebagai platform kita untuk menyebarluaskan ilmu kebombaan terutamanya ilmu-ilmu berkaitan perihal keselamatan kebakaran kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan selepas menghadiri Program Sehari Bersama Abang Bomba 2025 di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, hari ini.

Katanya, menerusi penganjuran program seumpama itu ia akan dapat meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan swasta.

“Adalah menjadi harapan besar kita di JBPM agar kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan mahu pun swasta dapat kita tingkatkan untuk manfaat bersama selepas ini.

“Kita juga mensasarkan agar program diadakan di kawasan pendalaman yang sukar diakses pada masa akan datang,” katanya.

Antara agensi yang terlibat pada penganjuran program selama sehari itu ialah, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Sri Aman dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk aktiviti derma darah, pemeriksaan kesihatan, ceramah Kelab Cilik, pertandingan mewarna, pameran jentera dan peralatan kebombaan, ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan