Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas penduduk berjaya menyelamat sebuah rumah di Kampung Kudei Baru daripada terbakar awal pagi tadi. Foto JBPM

Penduduk kampung bantu padam kebakaran rumah

KUCHING, 12 Mei: Tindakan pantas penduduk berjaya menyelamat sebuah rumah di Kampung Kudei Baru daripada terbakar awal pagi tadi.

Komander Operasi, Abdul Hakim Supian berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 5.42 pagi dengan menggerakkan 21 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Padungan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran rumah jenis separuh kekal melibatkan peralatan dapur dan struktur rumah.

“Anggaran kawasan yang terbakar adalah 30 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran dipadamkan peduduk kampung dengan menggunakan air paip di luar rumah sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Tindakan pasukan bomba hanya membuat pemantauan bagi memastikan kebakaran padam sepenuhnya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan