Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang. Foto fail TVS

Pendekatan keseluruhan kerajaan tangani isu 3R secara proaktif – Aaron

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Langkah proaktif dalam menangani isu-isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) diambil menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan atau “Whole of Government” yang melibatkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi secara bersepadu.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata pendekatan berkenaan merangkumi segmen penguatkuasaan yang melibatkan pendekatan hukuman dan kedua, segmen intervensi, mediasi serta kesedaran menerusi pendekatan pembaharuan.

Beliau berkata bagi segmen penguatkuasaan, kementerian dan agensi terlibat antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia, Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu 3R melalui pelbagai akta sedia ada.

“Siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa dan tindakan hanya diambil selepas pertimbangan sewajarnya oleh Jabatan Peguam Negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Bagi segmen intervensi, mediasi dan kesedaran pula, beliau berkata ia menumpukan kepada usaha mencegah konflik bermula dari peringkat akar umbi.

Aaron berkata kementeriannya memainkan peranan utama melalui pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi seperti pemantauan isu sensitif, pelantikan mediator komuniti, penubuhan Pusat Mediasi Komuniti serta penglibatan dalam Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Jawatankuasa Harmoni (JK HARMONI), Majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan Bersama Menteri Perpaduan Sabah, Sarawak serta Exco Negeri (MExUnity) dan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan.

Beliau berkata turut digerakkan adalah pelbagai program dan kempen perpaduan yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keharmonian nasional.

“Langkah ini membuktikan komitmen kerajaan bukan sahaja dalam mengambil tindakan tegas terhadap pelaku isu 3R, tetapi juga dalam memperkukuh pendidikan, kesedaran dan pemulihan hubungan antara rakyat demi memastikan perpaduan negara terus terpelihara,” katanya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan