Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Fail AFP

PBB beri amaran 2.1 juta penduduk Gaza berhadapan kebuluran akibat sekatan

ByBernama

NEW YORK, 12 Mei: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menggesa agar sekatan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang kini memasuki minggu kesembilan berturut-turut dihentikan, dengan memberi amaran bahawa nyawa 2.1 juta orang awam berada dalam risiko serius.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), OCHA mengesahkan bahawa stok bekalan bantuan kemanusiaan kini hampir habis apabila sekatan menyeluruh oleh Israel ke atas Gaza berlarutan memasuki bulan ketiga.

Sementara itu, Agensi Kerja dan Bantuan PBB bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) melaporkan bahawa bantuan dan bekalan kemanusiaan tidak lagi memasuki Gaza sejak 2 Mac, selepas pihak berkuasa Israel mengenakan kepungan.

Akibatnya, bekalan asas kemanusiaan seperti makanan, bahan api, bantuan perubatan dan vaksin kanak-kanak semakin kehabisan dengan bekalan tepung dan pek makanan UNRWA telah kehabisan manakala lebih satu pertiga daripada bekalan perubatan penting juga telah kehabisan stok.

“Keadaan ini memberi kesan yang amat dahsyat kepada penduduk, khususnya golongan rentan termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas,” kata UNRWA.

Agensi itu memberi amaran bahawa sekatan berterusan akan membawa kemudaratan yang tidak dapat dipulihkan kepada ribuan nyawa, sambil menambah bahawa ribuan trak bantuan kini bersedia untuk memasuki Gaza dan pasukannya di lapangan telah bersiap sedia untuk meningkatkan operasi sebaik sahaja akses dibenarkan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan