KUCHING, 12 Mei: Pemain badminton para Sarawak, Nurzammietul Syafiqqah Mohamad Zamberi mencuri tumpuan selepas berjaya merangkul pingat gangsa acara beregu campuran Kejohanan Fazza Para Badminton Antarabangsa Dubai 2025.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kejayaan Syafiqqah adalah bukti pengaruh Sarawak semakin meningkat dalam arena sukan para.
“Ia mengukuhkan lagi komitmen negeri dalam memperkasakan atlet kurang upaya melalui program pembangunan dan sokongan latihan. Kami bangga dengan kedua-dua pemain badminton para Sarawak, Nur Syafiqqah dan Ashley Irenaeus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sayfiqqah yang mewakili Malaysia berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dengan menyumbang tiga pingat emas, satu perak dan empat gangsa dalam pungutan keseluruhan pasukan negara.
Acara yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Mei lepas anjuran Dubai Club for People of Determination itu melibatkan 14 pemain badminton negara dan atlet badminton para dari seluruh dunia.
Terdahulu, dua pemain badminton para Sarawak, Ashley Irenaeus Jeck dan Nurzammietul Syafiqqah Mohamad Zamberi terpilih mewakili negara ke Kejohanan Fazza Dubai Para Badminton Antarabangsa 2025. -TVS