Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Pelancaran Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang di Seberang Jaya dekat Butterworth hari ini. Foto TVS

Malaysia perlu rebut peluang Pengerusi ASEAN 2025 perkenal pasaran halal

ByTVS

BUTTERWORTH, 12 Mei: Malaysia perlu merebut peluang bagi meneroka pasaran baharu halal serantau sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, negara juga perlu bekerja lebih keras untuk menembusi pasaran luar kerana usaha pemasaran yang masih kurang.

Pada masa sama katanya Thailand dan Indonesia telah berjaya menembusi pasaran halal ke negara ini.

“Jumlah penduduk ASEAN yang mencecah 600 juta orang juga dilihat sebagai angka yang begitu besar untuk dimanfaatkan.

“Saya telah mencadangkan diwujudkan Majlis Halal ASEAN dan kita akan mengadakan forum halal ASEAN pada September ini sebagai usaha memperkembangkan sektor itu.

“Pemeran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) pada bulan sama juga akan menjemput pemain-pemain industri dari negara-negara ASEAN untuk kita lakukan padanan pernigaan dengan bakal-bakal pengimport produk dari negara kita,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia ditemui pemberita selepas menyempurnakan Pelancaran Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang di Seberang Jaya dekat sini.

Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) turut memainkan peranan besar dalam menyebarluaskan pasaran halal ke negara-negara berkaitan.

Ujarnya, usaha penerokaan yang dilakukan oleh kedua-dua agensi itu telah berjaya membuahkan hasil di seluruh dunia apabila merekodkan pulangan yang mencecah angka bilion Ringgit.

“Koordinasi kerjasama antara agensi itu dengan negeri-negeri yang mewujudkan industri halal sendiri juga penting untuk menjadikan sektor halal sebagai satu agenda nasional.

“Negara juga tidak hanya boleh mengutamakan bidang makanan dan minuman (F&B) semata-mata, sebaliknya perlu meneroka sektor berpotensi lain termasuklah perubatan, kosmetik dan farmaseutikal,” katanya lagi. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan