Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah jentera berat digunakan bagi menarik lori yang terbabas menyebabkan laluan utama Lahad Datu-Kinabatangan terputus. Foto TVS

Lori terbabas cetus kesesakan 4km di Kinabatangan

ByTVS

KINABATANGAN, 12 Mei: Sebuah lori yang membawa silinder gas oksigen terbabas berhampiran Kampung Batu Puteh petang tadi, menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih empat kilometer di Jalan Lahad Datu-Kinabatangan.

Dalam kejadian sekitar pukul 3 petang itu, lori terbabit dipercayai hilang kawalan ketika cuba mengelak seorang penunggang motosikal sebelum terbabas dan menghalang sepenuhnya laluan dua hala.

Akibatnya, laluan utama itu terputus hampir tiga jam dan ratusan kenderaan terkandas di kedua-dua arah.

Pemandu lori terselamat tanpa sebarang kecederaan manakala kesemua silinder gas kekal selamat daripada insiden letupan.

Kerja-kerja pengalihan kenderaan masih dijalankan setakat pukul 5.30 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan