BINTULU, 12 Mei: Seorang lelaki cedera selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Bulatan Samalaju di sini, malam tadi.
Komander Operasi, Alvines Lai berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10 malam dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju ke lokasi kejadian.
“Kemalangan jalan raya kendiri melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza. Terdapat dua mangsa berjaya keluar dari kenderaan.
“Seorang mangsa mengalami luka terbuka di bahagian kaki. Seorang lagi mangsa tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa yang cedera dihantar oleh orang awam ke Klinik Nyalau untuk rawatan susulan.-TVS