Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba dari BBP Penampang bertindak pantas memadam kebakaran kereta menggunakan aliran salur bantu mula. Foto JBPM

Kereta musnah di tepi jalan Kampung Kimoligan

ByTVS

PENAMPANG, 12 Mei: Sebuah kereta jenis Proton Waja musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di tepi jalan Kampung Kimoligan, tengah hari tadi.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari BBP Penampang menerima panggilan kecemasan pada jam 12:21 tengah hari dan tiba di lokasi lapan minit kemudian yang terletak kira-kira 6.5 kilometer dari balai.

Kebakaran berjaya dikawal dalam masa tujuh minit dengan operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dari jentera LFRT.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Menurut Komander Operasi, PBK I KUP Mohd Khairul Bin Abdul Kohir, siasatan awal mendapati kereta berkenaan terbakar 100 peratus.

Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan kawasan sekeliling bagi memastikan tiada ancaman lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1:09 tengah hari.

Sebanyak enam anggota dari BBP Penampang terlibat dalam operasi tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan