Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohammad Razi Sitam melawat tapak Projek Bina Baharu Masjid Daerah Debak, hari ini. Foto TVS

Kemajuan Debak setanding daerah lain dalam tiga tahun lagi

SARIBAS, 12 Mei: Daerah Kecil Debak mampu mencapai kemajuan pesat setanding daerah lain dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Beliau berkata, keyakinan itu berasaskan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkasa pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan masyarakat di kawasan berkenaan.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa mendengar suara rakyat dan bertindak terhadap keperluan di peringkat akar umbi.

“Saya akan terus memastikan pembangunan di Saribas dipacu dengan penuh integriti dan tanggungjawab,” katanya selepas meninjau tiga tapak projek pembangunan kerajaan negeri di sekitar Debak, hari ini.

Mohammad Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, pelaksanaan projek terbabit menjadi pemangkin ke arah pengukuhan perpaduan dan kesejahteraan penduduk setempat.

“Saya berharap semua projek berjalan lancar mengikut jadual dan piawaian yang ditetapkan kerana manfaat jangka panjangnya besar kepada komuniti,” ujarnya.

Antara projek dilawati ialah Projek Naik Taraf Dewan Perpaduan Debak melibatkan kos RM800,000; Projek Bina Baru Masjid Daerah Debak (RM12 juta); dan Tapak Projek Bina Baru Balai Raya Komuniti Debak (RM400,000).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan