Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Francis Harden bersama para peserta Kejohanan Badminton Simanggang di Sri Aman, hari ini.

Kejohanan Badminton Simanggang platform cungkil bakat baharu

ByMadeline Dugat

SRI AMAN, 12 Mei: Kejohanan Badminton Simanggang 2025 yang berlangsung dari 10 dan 11 Mei lalu berperanan sebagai platform mencungkil bakat baharu sekali gus memberi peluang kepada pemain muda untuk menggalas cabaran ke peringkat lebih tinggi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis berkata, program anjuran Simanggang Badminton Club (SBC) itu, bukan sahaja bertujuan untuk mencari juara, tetapi juga memperkukuh semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di kawasan Simanggang.

“Kejohanan ini juga merupakan satu pemangkin semangat kesukanan pemain-pemain untuk menyertai apa-apa kejohanan yang akan diadakan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguhan Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini.

Francis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut menyentuh mengenai pentingnya aktiviti sukan sebagai pengamalan gaya hidup sihat dan sebagai wadah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan peserta.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan sentiasa memberi sokongan padu dalam pembangunan sukan melalui peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk pembinaan kemudahan sukan seperti gelanggang badminton, bola keranjang, futsal dan padang bola sepak.

Selain itu, beliau berharap agar kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan pengurusan serta penjagaan fasiliti oleh persatuan atau pertubuhan yang dipertanggungjawabkan agar tidak terbiar dan tidak terurus.

“Ini bagi memastikan kemudahan fasiliti sukan sentiasa mencukupi demi memenuhi permintaan pertubuhan sukan yang mengharapkan gelanggang permainan sentiasa ada untuk tempat mengadakan latihan dan pertandingan,”ujarnya.

Program anjuran Simanggang Badminton Club (SBC) ini menyaksikan penyertaan lebih 100 peserta daripada lapan kumpulan yang mewakili pelbagai bahagian seperti Betong, Saratok, Roban dan Kuching.

Kejohanan ini menawarkan pelbagai kategori pertandingan termasuk Beregu Lelaki Terbuka, Beregu Lelaki Veteran, Beregu Lelaki Campuran Umur 90 Tahun dan Ke Atas, Beregu Campuran Lelaki-Perempuan dan Beregu Perempuan Terbuka.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan