Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merasmikan Pesta Kebudayaan Dayak Kapit pada malam Ahad. Foto FB Alexander Nanta

Kapit berpotensi jadi destinasi budaya utama

ByBernama

KAPIT, 12 Mei: Kapit berpotensi besar menjadi lokasi tumpuan pelancongan budaya berikutan keunikan adat dan tradisi masyarakat Dayak, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata penganjuran acara seperti Pesta Kebudayaan Dayak Kapit 3.0 (KDCF) bukan sahaja memperkasa industri kecil dan sederhana yang berkaitan dengan budaya, malah mampu mengangkat martabat kaum Dayak ke peringkat lebih tinggi.

“Saya memuji usaha penganjuran KDCF yang kini memberi makna besar kepada masyarakat Dayak dan penduduk Kapit.

“Festival yang bermula pada 2023 dan kini tersenarai dalam Kalendar Acara Pelancongan Sarawak telah mendapat sambutan bukan sahaja dalam negeri, malah dari luar negara,” katanya ketika berucap merasmikan KDCF 3.0 di sini malam tadi.

Nanta turut menyatakan harapannya agar penganjuran KDCF dapat diperluas dan diperkasakan sebagai medium untuk menyebarluaskan serta memelihara budaya, adat dan hasil kraf tangan komuniti Dayak.

Beliau berkata festival ini juga penting bagi mempromosikan Bahagian Kapit sebagai destinasi pelancongan berasaskan budaya yang menonjolkan adat dan makanan tradisional Dayak.

“KDCF turut menyediakan platform untuk memupuk rasa cinta terhadap budaya serta menjadi medium penyatuan dan perpaduan masyarakat,” katanya.

Beliau juga menggalakkan penglibatan lebih ramai penduduk Kapit dalam festival ini melalui aktiviti ekonomi seperti membuka gerai makanan dan menjual hasil kraf tangan.

Selain itu, Nanta menyarankan agar KDCF meneruskan penganjuran program seperti Pekit Kumang yang bukan sahaja mempamerkan keanggunan wanita Dayak, tetapi turut melahirkan ramai generasi muda mahir dalam bidang tenunan seperti pua kumbu dan kain buri.

“Kegiatan ini bukan sahaja mempertahankan warisan budaya, malah berupaya memacu pembangunan sosioekonomi masyarakat Dayak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan