Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jururawat bukan sekadar profesion, ia adalah denyut nadi kepada sistem kesihatan negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Foto fail Bernama

Jururawat denyut nadi sistem kesihatan negara – Dzulkefly

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Mei:  Jururawat bukan sekadar profesion, ia adalah denyut nadi kepada sistem kesihatan negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Sempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, Dzulkefly menzahirkan ucapan terima kasih atas segala jasa pengorbanan dan kasih yang dicurahkan sambil memohon agar seluruh jururawat terus dilimpahi kekuatan dan rahmat.

“Saya tahu, di sebalik senyuman yang kalian berikan kepada pesakit ada penat lelah yang tersimpan rapi. Di sebalik seragam putih itu, ada insan yang kuat, sabar dan sentiasa menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Tanpa kalian, tiada erti penjagaan, tiada erti pemulihan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Dzulkefly berkata sambutan jururawat yang bertemakan “Our Nurses. Our Future. Caring for Nurses Strengthens Economies”, bukan sekadar slogan tetapi peringatan bahawa menjaga kebajikan jururawat bermakna menjaga masa depan rakyat.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi catatan di Facebook menyatakan tema tahun ini mengingatkan bahawa kebajikan dan sokongan kepada jururawat bukan sahaja penting untuk sistem kesihatan yang mampan, tetapi turut memainkan peranan utama dalam pertumbuhan serta kestabilan ekonomi negara.

“Jururawat adalah tulang belakang sektor kesihatan, mereka menjaga yang sakit, memberi semangat kepada yang lemah dan sentiasa hadir dalam detik paling mencabar,” menurut catatan itu.

Sehubungan itu, menurut KKM penghargaan dan pengiktirafan wajar diberi kepada jururawat di seluruh negara atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memberikan perkhidmatan perawatan kesihatan yang berterusan serta menghargai impak ekonomi yang signifikan daripada perkhidmatan sistem kesihatan yang teguh dengan perlindungan kesihatan sejagat.

“Terima kasih kepada semua jururawat atas pengorbanan dan kesetiaan mereka. Semua jururawat adalah aset yang sangat berharga kepada masyarakat Malaysia,” menurut catatan itu.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan