Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam susulan genjatan senjata dengan Pakistan. Foto hiasan Envato

India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam susulan genjatan senjata dengan Pakistan

ByBernama

NEW DELHI, 12 Mei: Pihak berkuasa India mengumumkan pembukaan semula 32 lapangan terbang pada Isnin, yang sebelum ini ditutup kepada operasi penerbangan awam susulan sekatan ruang udara ekoran ketegangan memuncak dengan Pakistan, lapor Xinhua.

Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India (AAI) memaklumkan bahawa 32 lapangan terbang yang ditutup kepada pesawat awam sehingga pukul 5.29 pagi waktu tempatan 15 Mei kini dibuka semula serta-merta.

Penutupan lapangan terbang di wilayah utara dan barat negara itu diumumkan selepas konflik ketenteraan tercetus antara India dan Pakistan minggu lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan