Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai lapan Setiausaha Politik Premier Sarawak hari ini membuat laporan polis terhadap seorang individu yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap pemimpin tertinggi Kerajaan Sarawak di laman Facebook. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Hina Premier Sarawak, laporan polis dibuat terhadap Mike Rain

ByMuqri Aziz

KUCHING, 12 Mei: Seramai lapan Setiausaha Politik Premier Sarawak hari ini membuat laporan polis terhadap seorang individu yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap pemimpin tertinggi Kerajaan Sarawak di laman Facebook.

Laporan tersebut dibuat susulan satu hantaran oleh pemilik akaun Facebook dikenali sebagai “Mike Rain” yang didakwa mengandungi kenyataan menghina Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta menyentuh ahli keluarganya.

Satu hantaran berunsur penghinaan oleh pengguna Facebook, Mike Rain. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abdul Samat Gany berkata, hantaran itu berpotensi menimbulkan kebencian, penghinaan dan menjatuhkan maruah pemimpin negeri.

“Sehubungan itu, kami membuat laporan polis dengan harapan agar pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau mana-mana peruntukan perundangan berkaitan.

“Kami berharap tindakan sewajarnya dapat diambil kerana kandungan tersebut tidak sepatutnya berada di media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Satok di sini hari ini.

Lapan Setiausaha Politik Premier Sarawak membuat laporan polis berhubung hantaran Facebook berbaur penghinaan. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Menurutnya, laporan polis sama akan dibuat secara serentak di beberapa bahagian lain di seluruh Sarawak termasuk di Sibu, Miri dan Bintulu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih beretika dan berhati-hati apabila membuat sebarang hantaran melibatkan isu-isu semasa terutamanya yang menyentuh pemimpin negeri.

“Jika ingin mengupas sesuatu isu, lakukanlah dengan berpandukan kepada fakta dan asas yang kukuh. Elakkan penggunaan kata-kata kesat, jijik dan berunsur penghinaan.

“Terdapat penggunaan perkataan yang amat keterlaluan seperti “laknatullah” dan sebagainya yang turut menyentuh keluarga serta keturunan pemimpin negeri,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan tiada halangan terhadap perbahasan isu negeri selaras dengan prinsip demokrasi namun perbahasan tersebut haruslah dilakukan secara rasional, berfakta dan tidak dikuasai emosi.

Difahamkan hantaran Facebook berkenaan mengulas isu pembayaran royalti minyak dan gas sebanyak lima peratus kepada Sarawak selain mendakwa bahawa Kerajaan Sarawak tidak mampu memerintah selama-lamanya kerana akan mati dalam masa terdekat.

Hantaran tersebut telah pun diturunkan oleh MCMC. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan