Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto FIFA World Cup (Facebook)

Brazil pertahan kejuaraan Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA

ByBernama

ANTANANARIVO, 12 Mei: Brazil memenangi kejuaraan Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA buat kali ketujuh pada Ahad setelah menewaskan Belarus 4-3 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan pada edisi 2025 kejohanan itu, lapor Xinhua.

Juara bertahan itu menguasai permainan di Victoria, Seychelles sejak dari awal apabila mendahului 3-1 pada babak kedua hasil gabungan kemahiran teknikal dan ketajaman serangan.

Belarus, yang buat kali pertama mara ke pentas akhir Piala Dunia, bangkit dengan semangat juang tinggi apabila penyerang Ihar Bryshtsel menjaringkan dua gol pada pertengahan babak terakhir untuk menyamakan kedudukan 3-3.

Namun, ketika perlawanan berbaki 101 saat, pemain Brazil, Rodrigo memastikan kemenangan pasukannya menerusi jaringan kedua peribadi untuk memecah kebuntuan dan mengesahkan kejuaraan.

Terdahulu, Portugal meraih tempat ketiga selepas menewaskan Senegal 3-2 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Kejohanan 2025 itu menandakan kali pertama Seychelles menjadi tuan rumah Piala Dunia Bola Sepak Pantai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan