Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang menyerahkan Geran Khas Ahli Parlimen Kota Samarahan kepada salah seorang penerima.Foto Pusat Khidmat Parlimen Kota Samarahan

63 organisasi terima Geran Khas Ahli Parlimen Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 12 Mei: Geran Khas Ahli Parlimen berjumlah RM597,000 disalurkan kepada 63 organisasi merangkumi kelab, persatuan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Parlimen Kota Samarahan.

Majlis penyerahan geran tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang di Dewan Suarah Kota Samarahan semalam.

Rubiah berkata, penyerahan geran tersebut merupakan inisiatif memperkasa peranan institusi kemasyarakatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pembangunan komuniti setempat.

“Saya berharap geran ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengadakan aktiviti pembangunan sosial, kebajikan, keagamaan dan keusahawanan,” katanya.

Menurutnya, ia merupakan penyerahan fasa pertama tahun ini.

“Kita komited untuk terus menyokong organisasi setempat dalam menjalankan inisiatif pembangunan komuniti.

“Gunakan dana ini secara telus dan berintegriti untuk manfaat masyarakat secara menyeluruh,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan