Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ambulans tiba di lokasi letupan yang berlaku di Garut, Jawa Barat, Indonesia, hari ini. Foto Polis Garut

13 maut dalam letupan di Jawa Barat

ByTVS

JAKARTA, 13 Mei: Sekurang-kurangnya 13 individu maut dalam insiden letupan melibatkan peluru dan bahan letupan tamat tempoh di Garut, Jawa Barat, sekitar jam 9.30 pagi, hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) sedang melakukan operasi pemusnahan peluru dan bahan peledak yang tidak lagi boleh digunakan.

Menurut Ketua Pusat Penerangan TNI, Brigedier Jeneral Kristomei Sianturi, mangsa yang terkorban terdiri daripada empat anggota TNI dan sembilan orang awam.

“Selepas letupan pertama berlaku, beberapa orang awam dilaporkan menghampiri kawasan kejadian untuk mengutip sisa bahan, sebelum satu lagi letupan berlaku dipercayai akibat bahan peledak yang masih aktif,” katanya.

Beberapa mangsa lain yang cedera dalam kejadian itu dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Susulan insiden berkenaan, kawasan kejadian telah dikawal sepenuhnya oleh pihak TNI dengan kerjasama polis bagi mengelakkan sebarang risiko bahaya kepada penduduk sekitar.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden serta tahap keselamatan prosedur pemusnahan bahan letupan tersebut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan