Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Ahmad Ibrahim ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Marsal Perlumbaan Negeri Sarawak 2025 di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Tugas marsyal perlumbaan bukan mudah

KUCHING, 11 Mei: Tugas sebagai marsyal perlumbaan bukan mudah kerana mereka menentukan kelancaran di litar lumba.

Presiden Persatuan Sukan Pemotoran Negeri Sarawak (SMA) Dato Ahmad Ibrahim berkata, kesilapan atau kegagalan masyal boleh menyebabkan tragedi termasuk kemalangan.

Menurutnya, marsyal perlumbaan memain peranan penting dalam aspek keselamatan pelumba dan penonton sepanjang perlumbaan berlangsung.

“Marsyal bukan sekadar bertugas di litar malah kawasan tepi litar juga mereka ada untuk memastikan setiap perlumbaan berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Marsyal Perlumbaan Negeri Sarawak 2025 di Kuching pada Ahad.

Sepanjang kursus berlangsung, peserta diperkenalkan dengan undang-undang sukan permotoran selain didedahkan kepada aspek pengendalian dan keselamatan dalam perlumbaan.

Kursus tersebut dianjurkan Persatuan Sukan Permotoran Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta Persatuan Permotoran Malaysia.

Seramai 35 peserta menyertai kursus tersebut yang berlangsung dari 10 hingga 11 Mei.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan