Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah ketika ditemui TVS. Foto TVS

Teratak Kasih Tok Nan dibuka di Bintulu dan Kota Kinabalu

KUCHING, 11 Mei: Teratak Kasih Tok Nan yang menjadi pusat transit penghidap HIV mendapatkan rawatan akan dibuka di Bintulu menjelang hujung tahun.

Penaung Yayasan AIDS Malaysia Borneo, Datuk Amar Jamilah Anu berkata. selain Bintulu, pusat sama juga akan dibuka di Kota Kinabalu tahun depan.

“Insya-Allah tahun ini kita akan buat di Bintulu dan kita akan berkerjasama dengan Yayasan AIDS Malaysia (MAF), komuniti dan sebagainya.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang memberikan sokongan penuh kepada Teratak Kasih Tok Nan,” katanya.

Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah berkata demikian selepas ditemui pemberita pada program Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan AIDS Malaysia (MAF) Cawangan Sarawak di Teratak Tok Kasih Tok Nan pada Ahad.

Untuk rekod, Teratak Kasih Tok Nan yang terletak di Kuching diasaskan pada tahun 2016 dan dirasmikan pada tahun 2017 dengan bantuan diuruskan oleh MAF dan Kerajaan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan