Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang rumahnya dibaling dengan sebotol bahan api oleh seorang individu tidak dikenali. Foto IPD Kuching

Suspek khianat harta benda dengan api dijejak

KUCHING, 10 Mei: Polis sedang giat mengesan seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian khianat harta benda dengan api di sebuah rumah di kawasan Jalan Patingan di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang mendakwa rumahnya dibaling dengan sebotol bahan api oleh seorang individu tidak dikenali sekitar jam 9.30 pagi.

“Pihak polis sedang mengesan suspek tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444, mana-mana balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, ASP Joshua Masing Lugoh di talian 017-9542048.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan