Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi pemain negara Muhammad Afifuddin Mohd Razali melibas bola ke arah pemain Filipina, Rheyjey C. Ortouste dalam dalam acara Quadrant pada Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, pada Ahad. Foto Bernama

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia belum mampu jinakkan Thailand

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Malaysia tewas 0-2 di tangan seteru utama, Thailand, pada perlawanan kedua acara double saingan Kumpulan B pada kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 di sini malam Sabtu.

Walaupun gamat dengan sokongan penonton di Stadium Titiwangsa, skuad negara dibarisi Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi terpaksa bergelut dengan keampuhan gandingan Boonkoom Tipwong dan Sirisak Anuloon dalam gelanggang.

Kesilapan servis dilakukan Aidil Aiman turut merencatkan usaha Malaysia untuk mendominasi perlawanan menyebabkan Thailand menguasai set pertama dengan 15-10.

Pada set kedua menyaksikan perlawanan semakin mendebarkan dengan kedua-dua pasukan saling mengejar mata, namun libasan berbahaya pemain Thailand telah menghukum pemain negara dengan keputusan 17-15.

Kekalahan malam tadi menyebabkan Malaysia berdepan misi wajib menang apabila berdepan Taiwan dalam perlawanan terakhir Kumpulan B untuk mengesahkan slot separuh akhir, hari ini.

Thailand yang mengungguli kumpulan selepas perlawanan malam tadi, dijadualkan berdepan Nepal.

“Macam mana pun kita kena menang ke atas Taiwan esok. Bagi saya peluang masih terbuka untuk ke peringkat seterusnya,” kata jurulatih double kebangsaan Aswadi Abdullah ketika ditemui. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan