Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dan wanita berusia 50-an cedera di bahagian muka selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Batu Kitang, Kuching malam ini.Foto JBPM

Remaja lelaki, wanita cedera kemalangan tiga kenderaan

KUCHING, 11 Mei: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dan wanita berusia 50-an cedera di bahagian muka selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Batu Kitang, malam ini.

Komander Operasi, Mohd Norarbi Jamain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 7.02 malam dengan menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan iaitu dua Perodua Myvi dan sebuah Naza Citra.

“Terdapat tiga mangsa dalam kenderaan Naza Citra dan masing-masing seorang mangsa dalam Perodua Myvi.

“Dua mangsa iaitu seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki masih berada dalam kenderaan Naza Citra,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa dengan menggunakan pengusung.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

“Seorang mangsa lelaki dewasa dari kenderaan Naza Citra tidak mengalami sebarang kecederaan. Kedua-dua pemandu kenderaan Perodua Myvi juga tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.

Katanya, pihak bomba melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan