Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Rusia Vladimir Putin. Foto Fail AFP

Putin tawar Ukraine sambung semula rundingan damai secara terus di Istanbul

ByBernama

MOSCOW, 11 Mei: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Ahad menawarkan kepada Ukraine untuk menyambung semula rundingan damai secara terus di Istanbul bermula 15 Mei ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Putin dalam sidang media di Moscow berkata beliau akan mengadakan panggilan telefon pada Isnin dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan untuk memohon platform bagi rundingan untuk membincangkan jalan ke arah perdamaian dengan Ukraine.

“Rusia bersedia untuk berunding tanpa prasyarat. Terdapat peperangan sedang berlaku sekarang, dan kami mencadangkan agar rundingan disambung semula. Mereka yang benar-benar mahukan perdamaian akan menyokong inisiatif ini,” katanya.

Presiden itu menambah bahawa satu lagi gencatan senjata berkemungkinan dapat dirundingkan di Istanbul.

“Cadangan kami telah dikemukakan dan keputusan kini terletak pada pihak berkuasa Ukraine dan pihak yang menyokong mereka, yang kelihatan didorong oleh cita-cita mereka sendiri berbanding kepentingan rakyat mereka,” katanya.

Rusia dan Ukraine pernah mengadakan rundingan di Istanbul pada Mac 2022 dan bersetuju dengan draf perjanjian damai. Ukraine kemudiannya menarik diri secara unilateral daripada proses damai berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan