Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini dengan pesawat khas pada 10.35 pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Sabah. Foto Jabatan Penerangan Sabah

PM Anwar tiba di Sabah untuk lawatan kerja

ByBernama

KOTA KINABALU, 11 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini dengan pesawat khas pada 10.35 pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta menteri-menteri Kabinet negeri.

Anwar kemudiannya dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.

Selepas pertemuan itu, Anwar akan berlepas ke Tawau bagi merasmikan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 peringkat negeri Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 2 petang ini.

Di Tawau Perdana Menteri turut dijadual melakukan Penyerahan Projek Siap Tamu Desa Sabah, Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Usahawan Sabah dan melancarkan Program Solar MADANI pada PMR 2025 peringkat negeri Sabah yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 Mei lepas.

Selepas itu Anwar dan Hajiji akan melakukan tinjauan mesra bagi melihat sendiri perkhidmatan disediakan agensi serta jabatan Persekutuan di program berkenaan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan