Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para pelatih wanita hadir pada sesi pendaftaran bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah hari ini. Foto, Bernama.

PLKN 3.0: Kes buli dijamin tidak berlaku

ByTVS

KUALA LUMPUR, 11 Mei:Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 memberi jaminan bahawa insiden buli tidak akan berlaku sepanjang 45 hari tempoh latihan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran berkata, program yang bermula 11 Mei hingga 24 Jun ini dilaksana dengan modul yang membina sahsiah diri remaja selain pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Kata beliau PLKN 3.0 unik serta bakal memberikan pengalaman indah kepada peserta.

“Kami (JLKN) jamin tidak akan berlaku perkara yang tidak elok seperti buli, kita akan pastikan tidak akan berlaku sama sekali.

“Kita nak supaya masyarakat dan juga ibu bapa yakin bahawa PLKN ini adalah suatu tempat untuk membentuk sahsiah diri dan remaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir meninjau pendaftaran PLKN Siri 2/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini hari ini/

Sementara itu, Ya’cob turut menjelaskan bahawa kandungan latihan kali ini menekankan keseimbangan antara aspek kenegaraan dan asas ketenteraan.

“Untuk modul, 30 peratus kenegaraan dan 70 peratus asas ketenteraan tetapi bukanlah hendak (latih mereka) jadi tentera.

“Ia latihan asas ketenteraan. Maknanya ada (latihan) disiplin, tepat masa, boleh berdirikari dan mampu urus diri seperti kehidupan seorang tentera bermula bangun pagi hingga tidur semula. Ia disusun mengikut aktiviti-aktiviti,” jelasnya.

Pelatih kata beliau juga bakal berpeluang menyertai latihan menarik ditawarkan termasuk menembak, pandu arah dan kelangsungan hidup.

Hari ini, seramai 550 pelatih mendaftar untuk menyertai PLKN Siri 2/2025, termasuk 200 pelatih wanita di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan 350 pelatih lelaki di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan