Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia menamatkan saingan Kumpulan B dalam acara kuadran di kedudukan teratas selepas menewaskan Jepun pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini. Foto Bernama

Piala Asia 2025: Malaysia tewaskan Jepun, ungguli Kumpulan B acara kuadran

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Malaysia menamatkan saingan Kumpulan B dalam acara kuadran di kedudukan teratas selepas menewaskan Jepun pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Pada aksi terakhir peringkat kumpulan itu, Malaysia yang mempertaruhkan Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak, Muhammad Shahalril Aiman Halim dan Muhammad Fetri Mohd Azwadi diberikan tentangan sengit seawal permainan, sebelum bangkit mencuri mata kemenangan set pertama 17-15.

Umpanan Amirul Zazwan yang disambut dengan rejaman Muhammad Afifuddin pada mata akhir tidak mampu ditampan sempurna oleh pemain Jepun, sekali gus akur memberikan kemenangan mutlak 15-10 kepada Malaysia.

Kuadran negara yang dibimbing Mohammad Zulkarnain Abdul Rahman akan beraksi dalam saingan separuh akhir esok dan pasukan lawan hanya diketahui sejurus perlawanan peringkat Kumpulan A, membabitkan Korea Selatan dan Vietnam berakhir malam ini.

“Ikutkan pada perlawanan berdepan China sebelum ini, sejujurnya memang masih tidak puas hati dan kita mula dapat rentak berdepan Filipina sebelum kita bawa momentum itu hingga ke hari ini.

“Esok tidak kisah siapa pun lawan kita, kami tetap bersedia,” kata Amirul Zazwan ketika ditemui pemberita.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan