Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiang(tengah) merakam gambar kenangan bersama ahli Persatuan Ibu Tunggal Wilayah Tengah Sarawak. Foto TVS

Persatuan Ibu Tunggal Wilayah Tengah bakal miliki bangunan sendiri

SIBU, 11 Mei: Golongan ibu tunggal terus mendapat perhatian apabila kerajaan negeri kini dalam usaha membantu Persatuan Ibu Tunggal Wilayah Tengah Sarawak memiliki bangunan sendiri, selain turut merancang projek perumahan mampu milik bagi memenuhi keperluan kumpulan tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, sebidang tanah telah dikenal pasti bagi pembinaan bangunan persatuan hasil kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng bersama Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

“Saya akan membawa cadangan ini kepada perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti untuk mendapatkan sokongan serta cadangan lanjut. Saya juga akan memberikan sokongan penuh agar projek ini dapat direalisasikan demi kebajikan para ibu tunggal,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Penyerahan Bantuan Bakul Makanan Sempena Hari Ibu di Pejabat Persatuan Ibu Tunggal Wilayah Tengah Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Tiang turut memaklumkan bahawa keperluan perumahan mampu milik di kalangan ibu tunggal turut dibangkitkan semasa sesi dialog bersama ahli persatuan.

Menurut beliau, walaupun terdapat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Rantau Panjang, lokasi tersebut kurang sesuai bagi kebanyakan ibu tunggal yang menetap di kawasan bandar.

“Sehubungan itu, saya kini sedang dalam peringkat perancangan untuk melaksanakan satu projek perumahan mampu milik baharu di Sibu dan permohonannya telah dikemukakan kepada Kerajaan Sarawak.

“Sekiranya diluluskan, saya akan memastikan golongan ibu tunggal diberi keutamaan dalam proses permohonan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan bahawa bantuan secara berterusan akan terus disalurkan kepada ahli persatuan, khususnya mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil atau perusahaan mikro.

“Pendekatan ini lebih berkesan kerana membantu mereka berdikari dan menjana pendapatan sendiri. Kita tidak hanya memberi bantuan semata-mata, sebaliknya berusaha memperkasakan mereka dengan kemahiran dan peluang,” katanya.

Dalam program berkenaan, Tiang turut menyampaikan bunga carnation sebagai tanda penghargaan kepada ahli persatuan atas pengorbanan mereka sebagai ibu serta penyumbang penting dalam pembinaan masyarakat yang penyayang dan sejahtera.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan