Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Bernama

Pemandu pacuan empat roda direman dua hari langgar lari pasangan naik motosikal

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Polis menahan seorang pemandu kereta pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan membabitkan pasangan suami isteri menaiki motosikal berkuasa tinggi sebelum Plaza Tol Duta menghala ke pusat bandar pada 2.30 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata lelaki berusia 32 tahun itu direman selama dua hari selepas membuat laporan mengenai kemalangan berkenaan pada 6.55 petang hari yang sama.

Beliau berkata penunggang motosikal yang juga lelaki berusia 53 tahun mengalami retak tulang selangka dan luka pada bahagian buku lali, manakala isterinya yang membonceng motosikal berkenaan mengalami kecederaan serius.

“Wanita berusia 49 tahun itu mengalami kecederaan patah buku lali dan tulang rusuk kanan serta pendarahan dalam otak akibat pelanggaran itu, dan kedua-duanya sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku apabila pemandu kereta pacuan empat roda cuba memotong sebuah motosikal lain, sebelum gagal mengelak motosikal mangsa dan melanggar bahagian kanan motosikal berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial klip video berdurasi satu minit memaparkan sebuah kereta pacuan empat roda melarikan diri selepas melanggar motosikal dinaiki pasangan suami isteri terbabit.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan