Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menyita 98 motosikal dalam Op Tutup Samseng Jalanan Bersepadu yang dijalankan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bermula dari bulatan Seberang Jaya hingga ke Sama Gagah, di sini awal pagi Sabtu. Foto Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah

Op Tutup Samseng Jalanan Bersepadu: 98 motosikal disita

ByBernama

BUKIT MERTAJAM, 11 Mei: Polis menyita 98 motosikal dalam Op Tutup Samseng Jalanan Bersepadu yang dijalankan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bermula dari bulatan Seberang Jaya hingga ke Sama Gagah, di sini awal pagi Sabtu.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) dalam kenyataan malam ini memaklumkan operasi itu bertjuan membanteras kegiatan samseng jalanan mat rempit yang sering menjadikan kawasan tersebut sebagai lokasi berhimpun dan berlumba haram.

“Dalam operasi itu sebanyak 350 motosikal telah diperiksa dan 245 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan, polis turut menahan sembilan orang di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya.

“Dalam operasi itu juga polis telah mengesan beberapa kumpulan remaja yang berkumpul di tepi lebuh raya untuk menyaksikan perlumbaan motosikal dan memandangkan kegiatan berkenaan berlaku pada cuti hujung minggu, ia menyebabkan kegusaran kepada pengguna lain,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu antara perbuatan berbahaya dilakukan termasuk berlumba dengan kelajuan tinggi, menunggang secara melawan arus, menunggang secara zig zag serta membuat bunyi bising dengan ekzos yang diubah suai sehingga boleh membahayakan diri mereka serta pengguna jalan raya yang lain.

Operasi bersepadu itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD SPT, Balai Polis Seberang Jaya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang, Unit Peronda Lebuhraya (EMPV) Bukit Aman dan Polis Bantuan Plus.

Polis mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya demi keselamatan bersama serta menegaskan operasi tersebut akan diteruskan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan