Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pakar Nefrologi Hospital Umum Sarawak, Doktor Clare Tan Hui Hong menyampaikan cenderahati kepada Presiden Kelab Rotary Kuching, Charlie Ong semasa Sambutan ‘World Kidney Day’ 2025 di The Hills Kuching pada Ahad. Foto TVS

NKF Malaysia anjur ‘World Kidney Day’, beri kesedaran mengenai buah pinggang

KUCHING, 11 Mei: Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Malaysia menganjurkan program tahunan Sambutan ‘World Kidney Day’ sempena Hari Buah Pinggang Sedunia Tahun 2025 di Kuching bertemakan “Are You Kidney OK?”

Pakar Nefrologi Hospital Umum Sarawak, Doktor Clare Tan Hui Hong berkata, antara tujuan program tersebut adalah bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit buah pinggang dan rawatannya mengenai penyakit buah pinggang kronik (CKD).

Katanya lagi, program ini bukan sahaja memberi impak positif dari segi ilmu pengetahuan, malah menggalakkan kerjasama dan disiplin bagi meningkatkan kualiti penjagaan penyakit buah pinggang.

“Hari Buah Pinggang Sedunia adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit buah pinggang berkaitan apa itu penyakit buah pinggang, apa yang perlu kita lakukan untuk melindungi kesihatan buah pinggang kita supaya kita tidak berakhir dengan kegagalan buah pinggang dan dialisis.

“Kami juga mahu pekerja dalam bidang penjagaan kesihatan lebih sedar dan lebih agresif dalam mengesan penyakit buah pinggang dan mencegah kegagalan buah pinggang dan hari ini kita ada pemeriksaan kesihatan jadi saya rasa anda semua harus mengambil peluang ini untuk membuat pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Sambutan ‘World Kidney Day’ 2025 di The Hills Kuching pada Ahad.

Sementara itu, Presiden Kelab Rotary Kuching, Charlie Ong menasihati orang ramai yang hadir khususnya anak-anak muda untuk lebih peka menjaga buah pinggang dengan menekankan pengambilan makanan yang sihat.

Jelasnya, masyarakat perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang manis sebaliknya lebih aktif dalam melaksanakan aktiviti fizikal seperti latihan senaman untuk menjaga kesihatan diri.

“Yang paling lama saya temui telah berada di mesin selama dua puluh tahun dan bolehkah anda bayangkan duduk di sana di dalam mesin, empat jam, tiga kali seminggu saya mahu semua anak muda di sini, ada di situasi ini.

“Yang kita perlu buat adalah jaga buah pinggang dan perkara pertama untuk bermula ialah, seperti apa yang anda lakukan pagi ini, sangat bagus senaman aerobik kita kena buat senaman yang betul dan pastikan kita menjaga kesihatan kita untuk mengelakkan perkara yang tidak baik,” jelasnya.

Pengisian dan aktiviti yang diadakan dalam sepanjang program ini termasuklah senamrobik, saringan kesihatan NKF, pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran kesihatan, dan cabutan bertuah.

Antara saringan kesihatan NKF yang dilaksanakan melibatkan ujian tekanan darah, ujian air kencing, ujian buah pinggang, ujian darah dan kaunseling.

Terdapat beberapa agensi dan persatuan yang turut hadir berkolaborasi pada sambutan World National Kidney 2025 di Kuching antaranya Edon Pharmacy, Society for Cancer Advocacy & Awareness Kuching (SCAN), Diabetes Malaysia Cawangan Sarawak, Sarawak Society for the Deaf, Cyberjaya College, Open University Malaysia (Kuching), Borneo Education Group dan MSU College. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan