Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol berkata antara isu yang wajar diberikan adalah kecurian kabel menara telekomunikasi, judi dalam talian dan scammer.

Media perlu perkasa penyiaran pesanan khidmat masyarakat – Abdullah

BySaibi Gi

KUCHING, 11 Mei: Peranan media dalam menyiarkan bahan-bahan khidmat masyarakat, khususnya berkaitan gejala vandalisme dan jenayah siber, perlu dipertingkatkan agar masyarakat lebih peka terhadap kesan buruknya.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, antara isu yang wajar diberikan perhatian termasuk kes kecurian kabel yang menjejaskan sistem telekomunikasi, perjudian dalam talian serta penipuan dalam talian (scammer) yang semakin berleluasa.

“Kes kecurian kabel menyebabkan gangguan besar kepada sistem komunikasi dan menimbulkan kerugian yang bukan sedikit.

“Lebih membimbangkan, kegiatan penipuan dalam talian menyebabkan ramai mangsa kehilangan wang simpanan hingga menjejaskan masa depan mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Muzik Video “Ari-Ari Gawai” terbitan KUPIKUPI FM Sarawak di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, katanya, inisiatif perlu diambil untuk menjalinkan kerjasama lebih erat antara pihak media dan agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan tempatan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam usaha membendung gejala negatif tersebut.

Dalam pada itu, Abdullah turut menegaskan bahawa radio kekal sebagai medium penting bagi penyampaian maklumat di kawasan pedalaman Sarawak yang jauh lebih luas berbanding kawasan bandar dan pinggir bandar.

“Golongan petani, nelayan dan mereka yang bekerja di kebun atau ladang tidak akan membawa televisyen atau komputer riba ke tempat kerja, tetapi mereka masih boleh membawa radio yang ringan serta mudah digunakan hanya dengan kuasa bateri atau solar,” katanya.

Justeru, katanya, radio terus relevan sebagai sumber utama untuk mendapatkan maklumat, berita, hiburan, hebahan serta pengumuman penting bagi masyarakat luar bandar.

Katanya lagi, meskipun media sosial dan televisyen kini menjadi pilihan utama banyak pihak, peranan radio tidak harus diketepikan kerana ia tetap menjadi nadi penyampaian maklumat khususnya kepada golongan yang tidak terdedah kepada teknologi moden.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan