Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 30-an maut selepas motosikal ditunggang kemalangan kendiri melanggar besi penghadang jalan di Jalan Sebauh, Bintulu. Foto IPD Bintulu

Maut langgar besi penghadang jalan

BINTULU, 11 Mei: Seorang lelaki berusia 30-an maut selepas motosikal ditunggang kemalangan kendiri melanggar besi penghadang jalan di Jalan Sebauh di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, kejadian jam 6.48 petang itu dipercayai
berlaku ketika penunggang motosikal tersebut dalam perjalanan dari arah Simpang Sebauh menuju ke rumah di Sebauh.

“Motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan terbabas sendiri lalu melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri jalan.

“Akibat daripada kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans Hospital Bintulu yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh tampil dan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Lydia Allan, Balai Trafik Bintulu di talian 086-338575 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu 086-318304 untuk membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan